Showing posts with label ANEKA JENIS KEK. Show all posts
Showing posts with label ANEKA JENIS KEK. Show all posts

Tuesday, June 9, 2020

KEK PLANTA RAINBOW | TANPA BAHAN PENAIK

Assalamualikum semua...

Pertama sekali Cik Mainnie nak ucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin buat semua pembaca..

Bila menjelangnya perayaan, kek menjadi salah satu hidangan utama.. Berbanding kek lain, kek yang satu ni sedikit istimewa..Dah le cantik, tanpa bahan penaik lak tu..Baru-baru ini viral kek planta rainbow setelah resepi kek tersebut dikongsi oleh chef terkenal iaitu Chef Azmin Zain.

Bukan itu aje, disebabkan viral dengan Cik Mainnie sekali terjebak nak buat kek ni..😅😅

Jom Cik Mainnie share resepi yang Cik Mainnie gunakan...Siap dengan video sekali Cik Mainnie payung untuk you all semua...hehehe 

Menu : KEK PLANTA RAINBOW TANPA BAHAN PENAIK

 

BAHAN-BAHAN:-
- 250 gram Ros Flour
- 250 gram Planta
- 200 gram Gula
- 4 biji Telur (Gred A)
- 70 ml susu cair/ Full Cream Milk
- 1 sk Esen Vanila
- Pewarna

CARA-CARA :-
👉 Mix gula dengan planta hingga gebu
👉 Masukkan telur 1 persatu hingga habis
👉 Masukkan esen vanilla
👉 Masukkan tepung berselang seli dengan susu cair hingga habis
👉 Bahagikan adunan ...dan letak warna kegemaran..Disebabkan Kek Pelangi, so Cik Mainnie letak 7 warna..🤣🤣
👉 Masukkan kedalam loyang mengikut aturan warna..satu persatu hingga habis
👉 lorekkan dengan lidi untuk dicorakkan ..ikut kreativiti masing-masing
👉 Sebelum masuk oven, hentakkan loyang 2 atau 3 kali agar gelembung udara adunan berkurangan
👉 Bakar pada suhu 170°C menggunakan api atas & bawah selama 40 minit..
(mengikut oven masing-masing)
.
SIAP...

 

.
SELAMAT MENCUBA
.


.



🥀Love To Cook, Love To Eat🥀
BY


[Selepas tengok, jangan lupa cari Cik Mainnie punya youtube channel “DARI DAPUR CIK MAINNIE”...dan jangan lupa tekan butang SUBSCRIBE...🥴🥴]

Wednesday, May 27, 2020

KEK PANDAN GEBU GEBAS

Assalamualaikum Readersss...

Disebabkan terpengaruh dengan TV gara-gara tengok cerita Kampung People, so kita cerita pasal kek pandan hari ni...hehehe...😂😂😂

Sebenarnya Cik Mainnie & family memang suka sangat makan kek tak kira waktu...nak-nak pulak time santai-santai petang...layan kek dengan kopi atau teh panas memang terangkat beb..bak kata orang tua-tua "kalau mak mertua lalu kat belakang pun tak perasan"...gituuuuu...hehehe

Siapa suka kek pandan sila angkat 🖐..hehehe 

Hari ni Cik Mainnie nak share resepi Kek Pandan yang paling simple...dah le simple gebu gebas pulak tu...

Jom kita tengok bahan2 dan cara2 membuat kek yang over gebu gebas ni...😅😂🤣.

Menu : KEK PANDAN GEBU GEBAS

 

 

Bahan-bahan :-

4 biji telur
• 2 cawan tepung gandum (diayak 2 kali)
• 1 cawan gula
• 1 kotak santan
• 4 sb susu pekat
• 1 sb baking powder 
• 1 sb ovalette
• 1 sk esen vanila
• 1 sk esen pandan
• 1 sk pewarna hijau
• secubit garam ( terpulang nk atau tidak)


Cara-cara Membuat :-
👉• Pukul telur, gula, susu pekat & ovalatte sehingga gebu. (mixer)

👉• Masukkan tepung, baking powder & santan. Putar hingga sebati.

👉• Kemudian masukkan esen vanila, esen pandan & pewarna hijau.

👉• Putar sehingga semuanya sebati.

👉• Keluarkan dari mixer & kacau sekejap supaya semuanya sebati

👉• Masukkan dalam loyang yand dialas dengan baking paper.

👉• Masukkan adunan dan hentak loyang serta tepuk dinding loyang untuk keluarkan buih udara.

👉• Panaskan oven selama 15 minit pada suhu 160°C

👉• Bakar pada suhu 160°C menggunakkan api atas bawah lebih kurang 50 minit, bergantung pada oven masing-masing.

 Taraaaa...siapppp..

- SELAMAT MENCUBA -

💖 Love To Cook, Love To Eat 💖

BY