Assalamualikum semua...
Pertama sekali Cik Mainnie nak ucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin buat semua pembaca..
Bila menjelangnya perayaan, kek menjadi salah satu hidangan utama.. Berbanding kek lain, kek yang satu ni sedikit istimewa..Dah le cantik, tanpa bahan penaik lak tu..Baru-baru ini viral kek planta rainbow setelah resepi kek tersebut dikongsi oleh chef terkenal iaitu Chef Azmin Zain.
Bukan itu aje, disebabkan viral dengan Cik Mainnie sekali terjebak nak buat kek ni..π
π
Jom Cik Mainnie share resepi yang Cik Mainnie gunakan...Siap dengan video sekali Cik Mainnie payung untuk you all semua...hehehe
Menu : KEK PLANTA RAINBOW TANPA BAHAN PENAIK
BAHAN-BAHAN:-
- 250 gram Ros Flour
- 250 gram Planta
- 200 gram Gula
- 4 biji Telur (Gred A)
- 70 ml susu cair/ Full Cream Milk
- 1 sk Esen Vanila
- Pewarna
CARA-CARA :-
π Mix gula dengan planta hingga gebu
π Masukkan telur 1 persatu hingga habis
π Masukkan esen vanilla
π Masukkan tepung berselang seli dengan susu cair hingga habis
π Bahagikan adunan ...dan letak warna kegemaran..Disebabkan Kek Pelangi, so Cik Mainnie letak 7 warna..π€£π€£
π Masukkan kedalam loyang mengikut aturan warna..satu persatu hingga habis
π lorekkan dengan lidi untuk dicorakkan ..ikut kreativiti masing-masing
π Sebelum masuk oven, hentakkan loyang 2 atau 3 kali agar gelembung udara adunan berkurangan
π Bakar pada suhu 170°C menggunakan api atas & bawah selama 40 minit..
(mengikut oven masing-masing)
.
SIAP...
.
SELAMAT MENCUBA
.
.




No comments:
Post a Comment