Tuesday, September 22, 2020

SANGKAYA THAI PANDAN versi Cik Mainnie

Uolls mesti selalu layan Boat Noodle kan...Cik Mainnie kalau pergi Boat Noodle mesti tak pernah tak order Sangkaya… roti steam dia fuhhhhhh sedap sampai tak terkata2..boleh jadi gaduh tau kalau en suami lupa nak order…hahahha

Hokeyyy...kita berbalik dengan menu hari ni...hehehe...tetiba mood rajin tu datang..

Niat hati hari ni nak buat pencuci mulut…hehehe..Nak kata pandai masak tu x jugak...tapi  Cik Mainnie suka mencuba resepi baru..google jew lew...apa susah...hehehehe

Disebabkan sCik Mainnie terlebih rajin main google2 hari ni, so terjadi la Sangkaya versi Cik Mainnie...hahahaha



Bahan-bahan :-

- 5-6 Helai Daun Pandan (di ambil airnya sahaja)
- 1 biji Telur
- 250ml Susu Cair
- 250ml Air (utk blend daun pandan)
- 150g Gula
- 2 sudu besar Tepung Jagung
- Secubit Garam
- Roti


Cara-cara Memasak :-

 1. Blender daun pandan dgn air...tapis air daun pandan

2. Masukkan telur dan gula, di kacau sebati..

3. Masukkan susu,...kacau sehingga sebati.

4. Masukkan air daun pandan

5. Masukkan tepung jagung serta garam dan kacau sehingga sebati

6. Bila kesemua bahan-bahan tersebut dah sebati, masukkan ke dalam periuk dan masak dengan api kecil dan sentiasa kacau..selama 20-30 minit...Bila dah likat...matikan api tunggu sehingga ia menjadi sejuk

7. Kukus/ bakar/ steam roti..ikut selera anda..

8. Hidangkan bersama susu cair untuk rasa lebih umpphh..

 

taranaaaa...dah siappp...


~ SELAMAT MENCUBA ~

 Love To Eat, Love To Cook....




No comments:

Post a Comment