Uolls mesti selalu layan Boat Noodle kan...Cik Mainnie kalau pergi Boat Noodle mesti tak pernah tak order Sangkaya… roti steam dia fuhhhhhh sedap sampai tak terkata2..boleh jadi gaduh tau kalau en suami lupa nak order…hahahha
Hokeyyy...kita berbalik dengan menu hari ni...hehehe...tetiba mood rajin tu datang..
Niat hati hari ni nak buat pencuci mulut…hehehe..Nak kata pandai masak tu x jugak...tapi Cik Mainnie suka mencuba resepi baru..google jew lew...apa susah...hehehehe
Disebabkan sCik Mainnie terlebih rajin main google2 hari ni, so terjadi la Sangkaya versi Cik Mainnie...hahahaha
Bahan-bahan :-
- 5-6 Helai Daun Pandan (di ambil airnya sahaja)
- 1 biji Telur
- 250ml Susu Cair
- 250ml Air (utk blend daun pandan)
- 150g Gula
- 2 sudu besar Tepung Jagung
- Secubit Garam
- Roti
Cara-cara Memasak :-
2. Masukkan telur dan gula, di kacau sebati..
3. Masukkan susu,...kacau sehingga sebati.
4. Masukkan air daun pandan
5. Masukkan tepung jagung serta garam dan kacau
sehingga sebati
6. Bila kesemua bahan-bahan tersebut dah sebati,
masukkan ke dalam periuk dan masak dengan api kecil dan sentiasa kacau..selama
20-30 minit...Bila dah likat...matikan api tunggu sehingga ia menjadi sejuk
7. Kukus/ bakar/ steam roti..ikut selera anda..
8. Hidangkan bersama susu cair untuk rasa lebih
umpphh..
taranaaaa...dah siappp...
~ SELAMAT MENCUBA ~






















